Alhamdulillah, wa syukrulillah.
Tahniah kepada semua sahabat-sahabat yang telah diijabkabulkan menjadi pasangan suami isteri baru-baru ini. Pasti syaitan bertempik-tempik kesedihan kan? Alhamdulillah.. Semoga pernikahan ini diberkati dan berkekalan hingga ke syurga Allah yang abadi.
Barakallah ya ukhti.
Barakallah ya akhi.
Semoga kalian dapat membina sebuah keluarga sakinah mawaddah wa rahmah. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan barakah-Nya dalam pernikahan kalian. Terima kasih di atas semua jemputan dan maaf buat jemputan yang tidak dapat saya penuhi. InsyaAllah, doa saya sentiasa mengiringi kalian.
P/S:
Marilah kita semua berusaha ke arah memampukan diri untuk membina baiti jannati yang diberkati Allah. Marilah kita memperbaiki diri dan memurnikan niat. Kerana hakikatnya perkahwinan itu merupakan perjuangan ke arah menyempurnakan separuh lagi agama dalam diri.
waa! cantik-cantik mereka semua..
Ini antara sahabat-sahabat saya yang telah pun menamatkan zaman 'bujang' mereka.
TAHNIAH SEKALI LAGI.
No comments:
Post a Comment
Helo my dear readers.
Sila muntahkan disini segala luahan anda yea!