Manusia berbicara setiap masa. Bicara
yang baik akan membawa kebaikan kepada kita. Jika bicara kita tak mengikut
adabnya, maka kita akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci
oleh orang lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain
akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi
mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah tidak digunakan untuk
berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya, digunakan untuk mengeluarkan
mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah
manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai
ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan
tanpa berhias.
3. Kehebatan
tanpa kerajaan.
4. Benteng
tanpa pagar.
5. Istirehat
bagi kedua malaikat pencatat amal.
6. Menutupi
segala aib.
Hadis Rasullulah
mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang
banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak
silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka lebih utama baginya."
Riwayat Abu Naim:
"Barangsiapa yang
beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau
diam."
Riwayat Bukhari dan
Muslim:
"Barangsiapa
diam maka ia terlepas dari bahaya."
Banyak diam tak
semestinya bodoh, banyak cakap tak semestinya cerdik. Kerana kecerdikan itu
buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak
cakap.
No comments:
Post a Comment
Helo my dear readers.
Sila muntahkan disini segala luahan anda yea!