Pages

Thursday, June 7, 2012

10 Alasan Paling Top untuk Tak Menutup Aurat

Antara alasan yang sering dilontarkan oleh mereka yang tidak mahu menutup aurat:

1. Mereka jahil tentang dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadis mengenai kewajiban menutupi aurat. Katanya, "Maaf, kami tak tau pun?" Mereka juga jahil akan pengertian aurat. Mereka tak kenal dengan alim ulama' dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tak berpeluang mendekati alim-ulama.

# Jadi, kalau dah tak tahu mengapa tidak diusahakan untuk mengambil tahu?

2. Menutup aurat ni panas dan merimaskan. Tak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di akhirat kelak berbanding tempat persinggahan kita di dunia ini?

# Yang menutup aurat mengatakan bahawa dengan menutup aurat ni, diri berasa lebih selesa dan tenteram. Kenapa mereka boleh, anda pula sibuk kata tak boleh?

3. Kata mereka lagi, orang yang tutup aurat pun belum tentu baik perangainya. Jadi, itukah alasannya mengapa anda tidak menutup aurat? Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada Pencipta kita iaitu Allah SWT. Persoalan siapa baik dan tidak, tak sepatutnya timbul. Yang patut kita fikirkan, siapakah yang lebih takwanya disisi Allah.

# Adakah kita sudah cukup baik di sisi Allah? Apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kepadaNya?

4. Ada juga golongan CERDIK yang tahu menutup aurat itu WAJIB tetapi mereka beralasan, "belum sampai serulah nak tutup aurat." Sombongnya anda dengan Allah SWT. Ingkarnya anda dengan perintah ALLAH dan Rasul. Seolah-olah, ketetapan Allah itu tidak penting dan 
boleh ditangguh-tangguh. Persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu, "Hei kamu, pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah..." Ada ke? Ada ke dalam al-Quran kata, hukum tu boleh main tangguh-tangguh ikut suka hati je? Belum sampai seru membawa maksud, hidayah belum sampai. Masalahnya, kalau anda tak usahakan untuk cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? 

# Kalau hidup pun anda sukakan kepada yang tidak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ke hidayah tu nak datang dekat dengan diri anda?

5. Mereka merasakan diri sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang up to date dan moden. Persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak Allah SWT dan cukup bagus disisi-Nya atau pun tak? Anda janganlah memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa mesti diikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain, tak salah. Dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan)Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan Allah itu tak cantik! Jadi, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan Allah

# Dan ketahuilah bahawa disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak Allah. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah.

6. Alasan seterusnya, "Kami tak tahu pun. Penting sangat ke perkara ni?" Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Sangat menyedihkan. Mengaku Islam, tetapi jahil berkaitan Islam.

# Mengapa anda sombong untuk menimba ilmu yang berkaitan?

7. Lagi kata mereka, "Apa baiknya menutup aurat ni?" Mereka meragui al-Quran. Kenapa tidak dikaji al-Quran itu dengan bersungguh-sungguh? Sedangkan, mereka yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan al-Quran dengan baik. Bagaimana pula dengan anda yang 
dilahirkan Islam ini?

# Tahukah anda betapa indahnya Islam?

8. Alasan lainnya, "Orang yang hebat-hebat macam menteri, profesor, doktor, artis dan cikgu saya pun tak tutup aurat. Kenapa mesti saya menutupnya?" Kenapa anda melihat kepada pangkat dan darjat? Kenapa anda tidak melihat kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan Allah SWT? Mengapa tidak dikaji atau ditanya kepada mereka yang pakar bab-bab agama? 

# Adakah darjat dapat membawa kepada keredhaan Allah? Sedangkan anda tidak peduli dengan perintahNya dan sentiasa melanggar laranganNya tanpa pernah memikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran.

9. Mereka juga berkata begini, "Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?" Adakah anda mahu tergolong dalam golongan pengikut Astora Jabat? (Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana).

# Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda mahu mengikutnya juga ke?

10. Dan yang terakhir, mereka memang tidak mahu menerima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata, "Eh, aku punya suka lah! Kau sibuk apa? Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya kau." Allah! Tak tahu dah nak kata apa. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh menyelamatkan mereka.

# Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah SWT sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat.

Renungan:
Sama-samalah kita muhasabah segala kesilapan diri. Fikir-fikirkanlah..
Menutup aurat adalah seruan dan perintah daripada Yang Maha Kuasa. Apakah kita harus meragui akan hikmah yang tersirat disebalik penutupan aurat ini? Penutupan aurat secara lengkap adalah lambang kepada keindahan dan kehebatan wanita disisi Allah dan orang-orang yang beriman. Ia juga adalah lambang kepada penolakan budaya jahiliyyah setelah kedatangan Islam. Ia juga merupakan lambang agung kepada kesucian hak dan maruah wanita disisi Islam (agama yang benar dan suci). Islam bukanlah agama yang mengejar gaya dan identiti yang menjahanamkan. Semoga kita ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah hendaknya.
♥ Nak jadi muslimah sejati itu susah. Mukminah tambah susah. Mujahidah juga payah. Istiqomah lagilah payah. Namun, susah payah itu jangan di endah. Gagahlah. Tabahlah. Demi Allah, demi solehah. Kerana akhir nanti pasti indah. Yakni menang atau Jannah. ♥ 

No comments:

Post a Comment

Helo my dear readers.
Sila muntahkan disini segala luahan anda yea!