Pages

Thursday, June 14, 2012

Kerja Dakwah

Alhamdulillah.. 

Saya baru habis membaca satu artikel dari Majalah Solusi, yang bertajuk "Bukan Sekadar Cakap-Cakap". Dan saya amat terkesan dengan gaya penulisannya, penerangannya dan juga isi-isi di dalamnya berkaitan 'kerja dakwah'. Apa yang dapat saya rumuskan di sini, artikel ini menunjukkan kita jalan keluar kepada 'turun naiknya semangat dakwah dalam diri' di mana kita tanpa sedar telah sering tersilap langkah dan tersandung dalam usaha kita berdakwah kepada masyarakat.

Antara beberapa pengisian yang saya rasa amat perlu dikongsi bersama ialah:

1. Kerja dakwah memang mencabar. Sesiapa yang mahu berjaya dalam usaha ini, mestilah bersabar dan bersangka baik. Punca usaha dakwah umat Islam pada hari ini kurang berjaya kerana kebanyakkan pendakwah kini, tidak boleh bersabar dengan kerenah orang ramai. Apabila dakwah mereka ditolak, orang lain yang dipersalahkan dan bukan dirinya sendiri.

2. Amalan para ulama terdahulu dalam dakwah mereka, ialah banyakkan tunjuk ajar kepada umat Islam berbanding dengan melarang pelbagai perkara. Sebenarnya, itulah yang melonjakkan penerimaan Islam dalam kalangan orang awam termasuk orang bukan Islam. Apabila kita memperbanyakkan sesuatu yang baik, secara tidak langsung kemungkaran tidak mampu dilakukan oleh masyarakat. 

3. Pendakwah masa kini, banyak mengutamakan amalan mencegah atau melarang daripada menyuruh. Apabila mulut dibuka untuk bercakap atas nama nasihat, pasti terungkap kata-kata "jangan itu" dan "jangan ini". Perkara haram lebih suka dibesarkan sehingga orang ramai menganggap betapa susahnya hidup dalam Islam kerana banyak perkara yang tidak boleh dibuat. 

4. Pendekatan Rasulullah iaitu amar makruf telah mempamerkan kejayaan besar dalam dakwah. Apabila pendakwah banyak menyuruh kebaikan malah mencontohkan kebaikan, perkara menjauhi kemungkaran akan diikuti. 

5. Pendekatan dakwah dengan mempamerkan sikap baik dan akhlak terpuji boleh membantu untuk membawa mereka kembali kepada kebenaran. 


Jadi apa tunggu lagi? 
AYUH! Mari kita ubah cara kita berdakwah. Semoga lebih ramai yang terkesan dengan cara 'amar makruf' ini daripada kita membuta-tuli melaungkan 'nahi mungkar'. 


Adab berkenaan Masjid

Masjid merupakan pusat ibadah buat umat Islam selain memainkan peranan sebagai tempat solat. Ia merupakan tempat menuntut dan menyebarkan ilmu dan pengajian al-Quran.

Setiap orang yang mengunjungi rumah Allah mestilah mengambil perhatian terhadap adab-adab yang seharusnya ada iaitu:

1. Ikhlas kerana Allah
:: Apabila kita menuju dan memasuki masjid, hendaklah berniat untuk beribadah kepada Allah SWT. Bukannya berniat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa kita sedang beribadah di masjid.

2. Menuju ke masjid dengan sopan dan tenang
:: Pastikan perjalanan menuju ke masjid tidak disertai dengan perbuatan yang tidak sepatutnya seperti gelak ketawa dan dalam keadaan gopoh-gapah.

3. Menjaga pakaian dan perhiasan
:: Masjid adalah tempat yang mulia, maka setiap tetamu Allah yang pergi ke masjid mestilah dalam keadaan menutup aurat dan menjaga dirinya daripada menampakkan perhiasan yang tidak sepatutnya diperlihatkan.

4. Mempraktikkan adab-adab berada di dalam masjid.
:: Adab-adab tersebut termasuklah yang tersurat mahupun yang tersirat. Adab-adab yang tersurat seperti menjaga percakapan, pendengaran dan perlakuan. Manakala adab yang tersirat adalah kedudukan hati ketika berada di dalam masjid. Apabila melangkah ke dalam masjid, seseorang hendaklah masuk dengan berzikir kepada Allah SWT, berselawat kepada Nabi SAW, melangkah dengan kaki kanan dan menunaikan solat sunat tahiyyat al-masjid. 

5. Tidak membuat perkara yang sia-sia
:: Berkata-kata sesuatu yang tidak mendatangkan faedah merupakan perbuatan yang sia-sia. Seharusnya seseorang itu menjaga dan menahan dirinya daripada berbicara kecuali perkara yang bermanfaat untuk agama.

6. Tidak menjadikan masjid sebagai tempat lalu-lalang
:: Tidak wajar bagi seseorang lalu di dalam masjid hanya untuk sesuatu kepentingan tanpa menunaikan solat dua rakaat. Nabi SAW bersabda, yang bermaksud: "Antara tanda-tanda hari kiamat adalah apabila seseorang lalu di dalam masjid tanpa menunaikan solat dua rakaat di dalamnya dan seseorang yang tidak memberikan salam kecuali kepada orang yang dikenalinya." (Riwayat al-Tabarani)

7. Menanam rasa cinta terhadap masjid
:: Seseorang yang sentiasa inginkan kebaikan dan pahala perlu berusaha menanam rasa cinta terhadap masjid dengan amalan-amalan yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT seperti zikir, solat, majlis ilmu dan sebagainya. Usaha yang dilakukan untuk datang ke masjid juga bukti seseorang mencintai masjid. Rasulullah SAW mengkhabarkan dalam hadis Baginda bahawa seseorang yang "meletakkan" masjid di hatinya, akan dinaungi Allah SWT.

8. Mengubah tempat jika mengantuk
:: Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Jika salah seorang daripada kalian mengantuk ketika berada di dalam masjid, hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya ke tempat lain." (Riwayat Abu Daud)

9. Memelihara kebersihan masjid
:: Biarpun masjid itu tidak dihiasi dengan batu marmar dan perhiasan yang mahal dan cantik, jangan memilih tempat untuk beribadat. Setiap masjid perlu dijaga dan dipelihara kebersihannya dan kesuciannya daripada sebarang kekotoran dan maksiat.




A Letter for Myself

Assalammualaikum wbt..

     Lately ni, aku dihadapkan dengan pelbagai berita tentang kematian. Tak kira tua ataupun yang masih muda. Moga-moga urusan mereka di alam barzakh sana, dimudahkan Allah SWT. Ameen...

Wahai diriku sayang,

     Dengan setiap peristiwa kematian yang terbentang di hadapan matamu ini, sedarlah bahawa kematian itu adalah suatu yang ditentukan Allah SWT tanpa mengira samaada kamu sudah bersedia mahupun tidak. Jadi, lantaran kamu tidak mampu untuk menghitung hari kematian kamu, sentiasalah memilih untuk dekat dengan kebaikan. Pilihlah kebaikan yang akan menghantar dirimu kepada redha Allah SWT.

     Semoga dirimu sayang, terhijab dari sebahagian siksaan di alam barzakh kelak. Ya Allah, luruskanlah aku dalam setiap urusanku agar aku terpilih dalam kalangan orang-orang yang matinya dalam kebaikan. Ameen..

with love, 
Nia Niesha


Hati Buta Sebab 10 Perkara

Ibrahim bin Adham, seorang ahli tasawuf yang masyur dikerumuni orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada di antara mereka bertanya, mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya? Maka beliau menjawab, "Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara...".

10 perkara yang disebut oleh Ibrahim bin Adham adalah:

1. Kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu TIDAK TUNAIKAN HAK-NYA.
2. Kamu mencintai Rasulullah SAW tetapi MENOLAK SUNAHNYA. 
3. Kamu membaca AL-QURAN, tetapi kamu TIDAK BERAMAL DENGANNYA.
4. Kamu makan nikmat Allah SWT tetapi kamu TIDAK MENSYUKURI-NYA.
5. Kamu berkata SYAITAN itu musuh kamu tetapi TIDAK MENENTANGNYA.
6. Kamu berkata bahawa SYURGA itu benar tetapi TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.
7. Kamu berkata bahawa NERAKA itu benar TETAPI TIDAK LARI DARIPADANYA.
8. Kamu berkata MATI itu benar tetapi TIDAK BERSEDIA baginya. 
9. Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi LUPA KEAIBAN SENDIRI.
10. Kamu kebumikan mayat tetapi TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR daripada mereka.


Wednesday, June 13, 2012

Mabruk Wa Barakallahu Lakuma

Alhamdulillah, wa syukrulillah. 

Tahniah kepada semua sahabat-sahabat yang telah diijabkabulkan menjadi pasangan suami isteri baru-baru ini. Pasti syaitan bertempik-tempik kesedihan kan? Alhamdulillah.. Semoga pernikahan ini diberkati dan berkekalan hingga ke syurga Allah yang abadi. 

Barakallah ya ukhti.
Barakallah ya akhi.

Semoga kalian dapat membina sebuah keluarga sakinah mawaddah wa rahmah. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan barakah-Nya dalam pernikahan kalian. Terima kasih di atas semua jemputan dan maaf buat jemputan yang tidak dapat saya penuhi. InsyaAllah, doa saya sentiasa mengiringi kalian. 

P/S: 
Marilah kita semua berusaha ke arah memampukan diri untuk membina baiti jannati yang diberkati Allah. Marilah kita memperbaiki diri dan memurnikan niat. Kerana hakikatnya perkahwinan itu merupakan perjuangan ke arah menyempurnakan separuh lagi agama dalam diri.







waa! cantik-cantik mereka semua.. 
Ini antara sahabat-sahabat saya yang telah pun menamatkan zaman 'bujang' mereka.
TAHNIAH SEKALI LAGI. 

Thursday, June 7, 2012

10 Alasan Paling Top untuk Tak Menutup Aurat

Antara alasan yang sering dilontarkan oleh mereka yang tidak mahu menutup aurat:

1. Mereka jahil tentang dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadis mengenai kewajiban menutupi aurat. Katanya, "Maaf, kami tak tau pun?" Mereka juga jahil akan pengertian aurat. Mereka tak kenal dengan alim ulama' dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tak berpeluang mendekati alim-ulama.

# Jadi, kalau dah tak tahu mengapa tidak diusahakan untuk mengambil tahu?

2. Menutup aurat ni panas dan merimaskan. Tak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di akhirat kelak berbanding tempat persinggahan kita di dunia ini?

# Yang menutup aurat mengatakan bahawa dengan menutup aurat ni, diri berasa lebih selesa dan tenteram. Kenapa mereka boleh, anda pula sibuk kata tak boleh?

3. Kata mereka lagi, orang yang tutup aurat pun belum tentu baik perangainya. Jadi, itukah alasannya mengapa anda tidak menutup aurat? Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada Pencipta kita iaitu Allah SWT. Persoalan siapa baik dan tidak, tak sepatutnya timbul. Yang patut kita fikirkan, siapakah yang lebih takwanya disisi Allah.

# Adakah kita sudah cukup baik di sisi Allah? Apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kepadaNya?

4. Ada juga golongan CERDIK yang tahu menutup aurat itu WAJIB tetapi mereka beralasan, "belum sampai serulah nak tutup aurat." Sombongnya anda dengan Allah SWT. Ingkarnya anda dengan perintah ALLAH dan Rasul. Seolah-olah, ketetapan Allah itu tidak penting dan 
boleh ditangguh-tangguh. Persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu, "Hei kamu, pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah..." Ada ke? Ada ke dalam al-Quran kata, hukum tu boleh main tangguh-tangguh ikut suka hati je? Belum sampai seru membawa maksud, hidayah belum sampai. Masalahnya, kalau anda tak usahakan untuk cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? 

# Kalau hidup pun anda sukakan kepada yang tidak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ke hidayah tu nak datang dekat dengan diri anda?

5. Mereka merasakan diri sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang up to date dan moden. Persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak Allah SWT dan cukup bagus disisi-Nya atau pun tak? Anda janganlah memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa mesti diikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain, tak salah. Dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan)Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan Allah itu tak cantik! Jadi, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan Allah

# Dan ketahuilah bahawa disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak Allah. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah.

6. Alasan seterusnya, "Kami tak tahu pun. Penting sangat ke perkara ni?" Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Sangat menyedihkan. Mengaku Islam, tetapi jahil berkaitan Islam.

# Mengapa anda sombong untuk menimba ilmu yang berkaitan?

7. Lagi kata mereka, "Apa baiknya menutup aurat ni?" Mereka meragui al-Quran. Kenapa tidak dikaji al-Quran itu dengan bersungguh-sungguh? Sedangkan, mereka yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan al-Quran dengan baik. Bagaimana pula dengan anda yang 
dilahirkan Islam ini?

# Tahukah anda betapa indahnya Islam?

8. Alasan lainnya, "Orang yang hebat-hebat macam menteri, profesor, doktor, artis dan cikgu saya pun tak tutup aurat. Kenapa mesti saya menutupnya?" Kenapa anda melihat kepada pangkat dan darjat? Kenapa anda tidak melihat kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan Allah SWT? Mengapa tidak dikaji atau ditanya kepada mereka yang pakar bab-bab agama? 

# Adakah darjat dapat membawa kepada keredhaan Allah? Sedangkan anda tidak peduli dengan perintahNya dan sentiasa melanggar laranganNya tanpa pernah memikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran.

9. Mereka juga berkata begini, "Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?" Adakah anda mahu tergolong dalam golongan pengikut Astora Jabat? (Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana).

# Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda mahu mengikutnya juga ke?

10. Dan yang terakhir, mereka memang tidak mahu menerima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata, "Eh, aku punya suka lah! Kau sibuk apa? Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya kau." Allah! Tak tahu dah nak kata apa. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh menyelamatkan mereka.

# Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah SWT sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat.

Renungan:
Sama-samalah kita muhasabah segala kesilapan diri. Fikir-fikirkanlah..
Menutup aurat adalah seruan dan perintah daripada Yang Maha Kuasa. Apakah kita harus meragui akan hikmah yang tersirat disebalik penutupan aurat ini? Penutupan aurat secara lengkap adalah lambang kepada keindahan dan kehebatan wanita disisi Allah dan orang-orang yang beriman. Ia juga adalah lambang kepada penolakan budaya jahiliyyah setelah kedatangan Islam. Ia juga merupakan lambang agung kepada kesucian hak dan maruah wanita disisi Islam (agama yang benar dan suci). Islam bukanlah agama yang mengejar gaya dan identiti yang menjahanamkan. Semoga kita ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah hendaknya.
♥ Nak jadi muslimah sejati itu susah. Mukminah tambah susah. Mujahidah juga payah. Istiqomah lagilah payah. Namun, susah payah itu jangan di endah. Gagahlah. Tabahlah. Demi Allah, demi solehah. Kerana akhir nanti pasti indah. Yakni menang atau Jannah. ♥ 

Monday, June 4, 2012

Hikmah Berdiam Diri

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa kebaikan kepada kita. Jika bicara kita tak mengikut adabnya, maka kita akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh orang lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya, digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
6. Menutupi segala aib.

Hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya."

Riwayat Abu Naim:
"Barangsiapa yang beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam."

Riwayat Bukhari dan Muslim:
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya."

Banyak diam tak semestinya bodoh, banyak cakap tak semestinya cerdik. Kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap. 



Saturday, June 2, 2012

9 Jenis Anak Syaitan

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.