Pages

Monday, October 1, 2012

Tanda Kasih

Assalammualaikum w.b.t . . . 

Dengan izin-Nya saya dapat kembali menghadap blog yang dah lama ditinggalkan tanpa entry baru. Ya Allah, rindunya untuk menulis, memuntahkan rasa dan berkongsi apa yang ada. Bukan sengaja saya membiarkan blog ini tanpa sebarang entry baru tetapi masalah kesihatan yang dialami kebelakangan ni membuatkan saya malas, tak bermaya, lemah dan tiada daya untuk menulis. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Will back to normal soon, insyaAllah. Syukur padaMu dengan limpah rahmat dan nikmat kesihatan yang semakin baik. Sakit ini bukan musibah, BUKAN . . . melainkan penghapus dosa dan peningkatan iman. Alhamdulillah. Beberapa bulan menanggung sakit. Berminggu-minggu semangat saya hilang. Berhari-hari menahan perit sehinggakan ada masa terasa tiada harapan untuk kembali sembuh. Namun, nasihat seorang teman menghilang rasa "putus asa" itu. 

Katanya, 
"Redhalah dengan ujian Allah agar redha Allah jua bersama kita." 

Terdiam. Malu! "Ya Allah, tidak selayaknya aku merintih apabila aku diuji kerana selayaknya aku sebagai hamba-Mu untuk diuji. Tak layak untuk aku menangis kerana sakit apabila aku tidak bersyukur ketika dilimpahkan dengan nikmatMu. Sungguh! aku manusia yang lalai. Sangat lalai. Ujian ini membuka mataku."

Saya pujuk hati . . .
"Allah uji sebab Dia sayang. Dia takkan uji kalau saya tak mampu. Dia Maha Mengetahui segala kebaikan yang saya tidak tahu."

Saya berdoa. Memohon perlindungan-Nya dari sebarang kejahatan. Inilah usaha saya. Inilah ikhtiar saya. Disamping semua orang tersayang disisi memberikan semangat dan sama-sama membantu saya. Dan alhamdulillah . . . hati terasa sedikit lapang. Dada terasa sedikit lega. Sedikit demi sedikit semangat yang terbang kembali menjengah. Senyuman yang hilang kembali pulang. Syukur. Ujian ini bukan musibah. Bukan musibah. BUKAN! 


No comments:

Post a Comment

Helo my dear readers.
Sila muntahkan disini segala luahan anda yea!