Pages

Monday, July 2, 2012

Cara Memperoleh Hati Yang Tenang

Hidupkan hati dengan keimanan. Bawalah hati melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan ini. Pandu hati menyelami hikmah dalam lubuk musibah. Teguhkan hati dalam kegoncangan hidup. Berikut merupakan cara-cara untuk memperolehi hati yang tenang:

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila dapat kesulitan
3. Tawakal apabila punya rencana
4. Ikhlas dalam amal perbuatan
5. Jangan biarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas suatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan dengki dengan kekayaan orang
9. Jangan iri hati atas kejayaan orang lain
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
11. Jangan tamak dengan harta kekayaan
12. Jangan terlalu obses dengan pangkat atau kedudukan
13. Jangan lemah dengan kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi takut melebihi kemampuan
16. Jangan ambil harta yang haram
17. Jangan sakiti ibubapa
18. Jangan usir orang yg meminta2
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa yg besar
21. Jangan biasakan melakukan dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke masjid
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardu dengan berjemaah di masjid
25. Biasakan solat malam
26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib & sunat
28. Sayangi fakir miskin
29. Jangan takut kepada yang lain kecuali pada Allah SWT
30. Jangan marah berlebihan
31. Cintai seseorang jangan berlebihan
32. Bersatu kerana Allah dan berpisah kerana Allah
33. Berlatihlah fokuskan fikiran
34. Tunaikan janji apabila sudah berjanji
35. Jangan punya musuh kerana itu teman syaitan
36. Jangan percaya pada ramalan2
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan takut pada manusia
40. Jangan sombong, takbur dan besar kepala
41. Bersihkan harta dari anak2 yatim
42. Adil dalam setiap urusan
43. Biasakan istigfar dan taubat pada Allah
44. Bersihkan rumah dari patung2
45. Banyak baca Al - quran
46. Banyakkan erat silaturahim
47. Tutup aurat
48. Bicara secukupnya
49. Nikah jika mampu
50. Disiplin waktu
51. Hidup bersih
52. Jauhkan diri dari penyakit batin
53. Sediakan waktu untuk santai
54. Makan secukupnya
55. Hormat pada guru & ulama
56. Sering selawat pada Nabi saw
57. Cintai keluarga Nabi
58. Jangan banyak hutang
59. Jangan mudah berjanji
60. Selalu ingat akan kematian dan sedar dunia adalah sementara
61. Jauhkan diri dari perbuatan yang tidak bermanfaat.
62. Bergaul dengan orang soleh
63. Bangun malam, doa dan istighfar
64. Lakukan ibadah haji dan umrah bila mampu
65. Maafkan orang lain
66. Jangan dendam
67. Jangan membenci kerana berlainan kefahaman dan pendirian
68. Jangan benci kepada orang yang benci kita
69. Latihan untuk terus terang dalam menentukan sesuai pilihan
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yg mendapat kesulitan
71. Jangan melukai hati orang lain
72. Jangan membiasakan berkata dusta
73. Berlaku adil, walau kita sendiri akan mendapat kerugian
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
76. Hormati orang lain yang lebih tua
77. Jangan membuka aib orang lain
78. Lihatlah orang yang lebih miskin dari kita jangan lihat orang yang lebih kaya dari kita
79. Belajarlah dari pengalaman orang arif dan bijaksana
80. Jangan rendah diri kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat bagi bangsa dan agama
82. Kenali kekurangan diri dan kenali kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik
85. Hargai pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan
87. Akrabkan dengan setiap orang walau orang itu tidak menyenangkan
88. Sediakan waktu untuk olahraga
89. Jangan melakukan suatu yg menyebabkan fizikal dan mental terganggu
90. Ikutilah nasihat orang yg arif dan bijaksana
91. Lupakan kesalahan orang dan lupakan jasa kita
92. Jangan melakukan sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu
93. Jangan cepat percaya pada cerita buruk
94. Jangan menanguhkan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan
96. Jangan menyusahkan diri untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan
97. Waspadalah akan setiap ujian
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan sebaliknya
99. Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang lain.



No comments:

Post a Comment

Helo my dear readers.
Sila muntahkan disini segala luahan anda yea!